Selepas terlepas dari bala 16 Sept.
Cuba kita baca kejadian 14 Disember itu begini.
Ini natijah. Bala besar menghampiri negara. Lalu Allah mengilhamkan 48% dari satu pihak manakala 78% dari pihak yang satu lagi hadhir. Pihak yang tertidur terkejut menggeletar. Pihak pemburu menepuk peha, "Alamaaak. Sikiiiit lagi dapat."
Apa balanya? Akhlak kepemimpinan sekarang - dari kedua-dua pihak - itu balak besar. Mereka terus bermain-main sampai akhir zaman. Berbagai gangguan bermaharaja lela. Tenaga terburai akibat bercakaran didalam dan di luar rumah. "Program untuk rakyat" setakat melepaskan batuk di tangga. Kekuatan dipamir hanya rupa. Sebenarnya rumah reput dimakan anai-anai.
Kalaulah pembangkang berjaya pada 14 Dis itu, bayangkan drama yang terlakunkan selepasnya? Penonton pun ikut masuk berlakun sekali. Kalau di padang bola, penonton turun padang namanya. Tapi bukan bermain tendang bola. Peluang keemasan. Mereka tendang pengadil dan pemain.
Maka runtuhlah rumah yang dimakan anai-anai itu.
Siapa anai-anai?
DAP. Bekerja keras dibawah tanah. Dalam gelap. Tidak nampak kecuali dengan lampu suluh. Jenis lampu suluh yang dikurnia Allah dalam dada. PAS mempunyai lampu ini?
Melayu PKR?
Seluruh PKR adalah anai-anai jadian.
Baca doa ini. Kita bermohon kepada Allah.
Allahhumma, dengan NamaMU, demi kekuasaanMu, lindungi bangsa ku dari serangga perusak dimaksud dan penggeraknya.
Allahumma Anta Robbi, lailahailla Anta, dengan NamaMu, demi kemiliaanMu hantarkan tenteraMu dan perbuatlah sekehendakMu terhadap musuh agamaMu.
Allahumma Anta Robbi, dengan Nama Mu, demi cahaya Wajah Mu, ikatkan bangsa kami dalam ikatan kukuh dari sisi Mu. Kurniailah kami nikmat dengan kasih akan watan dan agama kami. Dan berkatilah kami padanya.
Selawat dan salam untuk Muhammad s.a.w. serta ahlul bait dan para sahabat sekelian. Amien.