SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Thursday, December 3, 2009

Pertemuan Purba Dengan Modern.

Ada banyak persamaan yang luar biasa antara zaman kita hari ini dengan zaman Nabi Musa a.s.

Satu daripadanya ...

Kefasikan dan kekufuran di zaman Firaun begitu unggul dan mencengkam hingga terpacul dari dada takbur pengakuan "ana robbukum a'la.." bermaksud "aku tuhan kamu maha tinggi.." Negara sekular moden pun menyatakan hal yang sama sebagaimana Mesir purba itu.

Negara sekular moden mengguna pakai dan mengisytiharkan bahawa perlembagaan negara, undang-undang dalam perlembagaan itu, warisan dan cedokan dari barat, adalah undang-undang tertinggi. Dan undang-undang lain dari undang-undang ini batal demi hukum, termasuk hukum Allah.

Akal. Nikmat kurnia Allah. Nikmati.
Ubah kejahatan dengan tangan.
Tak kuat?
Dengan lidah.
Tak mampu?
Dengan hati.
Selain itu?
Tiada. Melainkan bersetuju dengan kejahatan.