SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Sunday, August 29, 2010

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Bismillahir Rahmanir Rahim.


Dari 'Ata'; Jabir ibn 'Abdullah (semuga Allah redha kepadanya dan bapanya) berkata:
Apabila بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ diturunkan awan berarak ke timur, angin menjadi tenang, gelumbang lautan menggunung, haiwan memasang telinga, syaitan direjam keluar dari langit, dan Allah swt bersumpah dengan Kekuasaan dan KemuliaanNya bahawa NamaNya tidak dibacakan atas sesuatu melainkan Dia akan meRahmatinya, tidak akan dibacakannya atas penyakit melainkan Dia akan menyembuhkannya, dan sesiapa membaca بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ akan masuk syurga.

Tawus dari Ibn 'Abbar ra, apabila 'Uthman ibn 'Affan ra bertanyakan Rasulullah saw berkenaan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ : baginda menjawab
Itu ialah satu daripada Asma' Allah swt. Hampirnya Asma' ini dengan Ism al 'A'zam seperti dekatnya anak mata dengan putih mata.

Dari Anas ibn Malik, Rasulullah saw bersamba:
Jika seseorang memungut dari tanah sehelai kertas yang tertulis dengan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ kerana baginya Allah swt itu terlalu Maha Tinggi bagi NamaNya dipijak-pijak, orang itu akan dicatitkan di Hadirat Ilahi sebagai seorang siddiqin dan ibu bapanya akan diringankan siksanya walaupun dia itu mushrikin.

Dikatakan Iblis laknatullah tidak pernah merintih melainkan pada tiga peristiwa. Pertama kali ketika dia dilaknat dan dihalau keluar dari kerajaan syurga. Kedua kali ketika Muhammad saw dilahirkan. Ketiga kalinya apabila Surak Pembukaan Kitab, Surah Al Fatihah diturunkan, kerana Surah itu dimulakan dengan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ.

Dari Salim ibn Al Ja'd, 'Ali ibn Abi Talib (ra) berkata sebaik بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ diturunkan / diwahyukan kepada baginda, Rasulullah saw bersabda:
Bila Ayat ini di turunkan kepada Adam, dia berkata, "Keturunanku terselamat dari hukuman selagi dia membacanya."
Kemudian ia (Ayat ini) ditarik balik hinggalah ia diturunkan kepada Ibrahim al Khalil yang membacanya ketika dia hendak dicampakkan ke dalam api; (lalu Allah memerintahkan api (api raja namrud) itu supaya dingin).
Kemudian ia ditarik balik selepas zaman Ibrahim as, tidak diturunkan lagi kepada sesiapa sehingga kepada Sulaiman (as) yang dengan penurunan itu para malaikat berkata, "Maka, demi Allah, lengkaplah kerajaan mu."

Kemudian ia dinagkat kembali sehinggalah diturunkan kepakaku. Hinggalah nanti, di Hari Qiamat, ummatku akan berkata بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ sehingga apabila amalnya ditimbang, amal baiknya lebih berat dari amal jahatnya.

Rasulullah saw. meninggalkan wasiat kepada ummahnya mengenai بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ :
Tuliskannya di bukumu, dan apabila kamu menulisnya, bacalah dengan kuat.

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. .... Ummat Muhammad saw dimuliakan oleh Allah swt dengan Asma'Nya بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ sebagaimana Dia Memuliakan Adam Sofiullah, Ibrahin Khalilullah, Sulaiman alaihis salam dan Muhammad Habibullah.