SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Monday, August 23, 2010

Dajjal

Paling mudah mengenal Dajjal ialah dengan mengenal sifat-sifatnya. Rasulullah saw menerangkan sifat-sifat Dajjal melalui beberapa hadith. Begitu juga dengan pengikut-pengikutnya. Manusia pengikut-pengikut Dajjal bersifat seperti Dajjal juga.

Dajjal akan muncul dari Yahudi dan para munafiq menjadi pengikutnya. (Hadith - Ibn Hibban ra -- Muslim)
Dajjal akan isytiharkan dirinya tuhan (sembahan / ikutan (bukan Pencipta)) dan jadikan (terpaksa) manusia menerimanya. (Hadith - Bukhari)
..... Dajjal plays god. Sifat merintah. Sifat menguasa1. Mata manusia terpesona, kagum. Kerana "god" di depan mataya. Menirunya (Dajjal) menjadi kemegahannya. Dapat mengikui sifat kebesaran dan keangkuhannya dan mendapat pengktirafan darinya menjadi buruan hidupnya. Dajjal jadikan manusia lupa bahawa Allah itu Akbar, Maha Besar.
.... Begitulah juga pangkat yang ditagih oleh tamadun Judeo-Kristian; serupa dengan apa yang ditagih oleh Dajjal. Manusia dibenarkan memeluk agama masing-masing, samada Islam, Kristian, Yahudi, Hindu, Jain, Buddha, asalkan agama-agama itu ta'at, sesuai, akur atau mengikuti sifat dan satu cara hidup sekular yang ("modern", "progresif", "open minded" dan "demokratik") yang ditafsirkan dan disaluti dengan nilai mereka. Seaiapa yang cuba engkar, melawan atau menerapkan nilai keruhanian yang diterapkan Allah akan dihancurkan. Pengikut Muhammad saw lah ummat yang paling kuat ditekan oleh pengikut Dajjal. ..... Pengikut Dajjal bersifat seperti Dajjal.

Jarak antara dua telinga keldai tunggangan Dajjal 70 hasta/ jengkal. (Hadith - Baihaqi - Meshkat). Juga Rasulullah saw bersabda: Kaki kenderaan Dajjal satu di timur dan satu lagi di barat.
...... Ini menandakan sifat besar dan luasnya; keupayaan dan pengaruhnya Dajjal itu, pengikutnya dan tunggangannya.
..... Tiada siapa sanggup menyangkal bahawa tiada satu kuasa dunia hari ini yang lebih gah, lebih perkasa, lebih besar, lebih kaya, lebih angkuh yang lebih beraja di hati bersultan di mata dari tamadun Judeo-Kristian. Tiada siapa yang mengatasi keunggulan dan kecanggihan tamadun ini dalam bidang sains, teknologi dan teknologi ketenteraan.
.... Orang-orang Dajjal lah menjadi mastermind, artitek dan penunggang tamadun Judeo-Kristian ini beserta keperkasaan teknologinya.

Pergerakan Dajjal sepantas awan dibawa angin di langit. (Hadith - Nawas (ra) bin Saaman -Muslim - Tirmizi).
..... Kenderaan hasil teknologi Judeo-Kristian dapat merentas langit dan muka bumi dengan sangat pantas.

Dajjal akan menyebabkan turunnya hujan dari langit. (Hadith - Nawas (ra) bin Saâman - Muslim - Tirmizi).
..... Teknologi penyemaian awan?

Lambung ternak lembu, kambing dan biri-biri Dajjal akan sentiasa penuh dengan susu. (Hadith - Nawas (ra) bin Saâman - Muslim - Tirmizi).
..... Teknologi penternakan dan pertanian modern?

Dajjal akan mengarah kekayaan perut bumi keluar dan berkhidmat untuknya. (Hadith - Nawas (ra) bin Saâman - Muslim - Tirmizi).
..... Melalui teknologi dan sistem kewangan berteraskan riba ciptaan mereka segala kekayaan bimi boleh dikatakan mereka (pengikut Dajjal) yang menguasainya.
Dajjal akan menguasai rezeki (sarana hidup) demikian rupa dan demikian banyak hingga ia mempunyai kuasa memberi atau menahan agihan. Siapa yang tunduk kepadanya mendapat bahagian darinya. Dengannyalah Dajjal mengenakan penderitaan kepada Muslimin. (Hadith - Bokhari & Muslim).

Mata Dajjal buta sebelah. (Hadith - dari Abdullah bin Omar (ra) - Bukhari dan Muslim)
..... Mata batinnya buta. Mata yang dengannya dia melihat melalui Noor Allah tidak ada. Dia berupaya melihat zahiriah sahaja. Dunia nyata ini sahaja. Bab keruhanian, hal-hal ghaib hal-hal iman, hal-hal kehidupan akhirat tertutup darinya dan baginya. Seatus peratus usahanya untuk hidup ini sahaja. Para pengikutnya pun demikian rupa, berusaha supaya semua anak Adam leka dengan perhiasan hidup yang ini.

Dajjal akan mempunyai dua (habuan) yang menyerupai syurga dan neraka. Yang didakwanya sebagai syurga, itulah neraka sebenar. Yang didakwanya sebagai neraka itulah syurga sebenar. Jika kamu hadhir pada masa itu, pilihlah nerakanya. Itulah syurga bagi kamu. (dari Abu Huraira (ra), dan Huzaifa (ra) - Bukhari - Muslim).
..... Dalam lain perkataan, di zaman kegemilangan pengikut Dajjal, kenyataan sebenar (hakikat sesuatu) adalah benar-benar berlawanan dengan apa yang ditonjolkan.
..... Umpamanya riba sebagai parasana hidup, ditonjolkan sebagai amat perlu dan menguntungkan. Tidak. Sebenarnya ia merugikan kedua-dua kehidupan dunia dan akhirat.
..... Umpamanya, perjuangan isme, samada socialisme atau komunisme atau demokrasisme, kapitalisme, dll hanya eksperiment raba-rabaan dalam gelap kerana ia hakikatnya adalah perjuangan manusia merampas sovereignty dari tangan Allah's oleh tangan makhluk. Kesemua ini berasal dari tamadun Judeo-Kristian dan pengikut-pengiktnya. Dajjal playing god, and he makes humans to do it for him. Utopia tidak pernah dicapai melalui perjuangannya, malah sebaliknya, penindasan, pembunuhan dan peperangan.
..... Dajjal (dan khalifah-khalifahnya) feeds on misery. Penindasan, pembunuhan, penderitaan dan peperangan adalah syurga baginya, tetapi neraka bagi mangsa. Kesemua ini merugikan, tetapi sangat menguntungkan bagi pengikut-pengikutnya. Manakala yang diperangi menanggung rugi, si pembuat persenjataan perang mengaut keuntungan, syurga.
.... Akhirnya, setiap kelahiran pengikut Dajjal, adalah diikuti dengan pemelukan "agama sekularisma" dimana kuasa Allah swt diganti dengan kuasa "isme" manusia, yang terletak dalam tangan pengamal "dajjalisme". Walaupun "dajjalisme" ini telah melalui beberapa fasa (dari bayi ke dewasa), dan mengalami beberapa peperangan besar diantara mereka, namun ianya masih gagah berdiri bersatu (dengan pandangan satu dari sebiji matanya itu), semakin kuat hebat cengkamannya keatas kemanusiaan melalui tamadun Judeo-Kristian yang super materialistik itu.

Rasulullah bersabda: Perkataan "Kafir" tertulis diantara dua mata Dajjal. Hanya Mu'min (walau pun buta huruf) dapat membacanya. Yang tidak beriman walaupun terpelajar tidak akan dapat melihat atau membacanya. (Dari Abu Hurairah (ra), Huzaifah (ra), dan Anas (ra) - Bukhari - Muslim).
..... Iaitu, hanya yang beriman, yang melihat dengan mata hati, yang melihat melalui Noor dari Allah swt yang Allah swt jatuhkan kedalam hati mereka, yang akan dapat melihat, megesan atau membaca tanda ini di dahi Dajjal atau pengikut-pengikutnya. Mereka ialah yang tidak meninggalkan Allah swt, Rasulllah saw dan Sunnahnya.

Rasulullah saw bersabda: Tujuh puluh ribu dari Ummah ku akan mengikuti Dajjal. (Dari Abu Sa'eed Al Khudri (ra), Sahre Sunnah).

Rasulullah saw bersabda: Pengaruh Dajjal akan meliputi bumi dan airnya. Permukaan bumi akan ditutupinya seperti kulit pada badan haiwan. (Dari Masnad-e-Ahmed, Haqeem dan Dar-ul-Nushr].
..... Tidak pernah berlaku dimana satu kuasa Super Power menguasai seluruh bumi melalui doktrin sekularismenya dan diterima di seluruh dunia sebagaimana badan haiwan menerima kulitnya melainkan di zaman tamadun Judeo-Kristian ciptaan manusia-manusia yang bersifat dengan sifat Dajjal seperti yang digambarkan oleh Rasulullah saw.

Rasulullah saw bersabda: Tanah Arab pun akan jatuh kedalam genggaman Dajjal. (Bukhari - Muslim)
..... Ini sudah berlaku sejak belum perang dunia pertama lagi. Malah kerajaan boneka, keluarga Saudi dan Wahhabi lah yang membantu manjatuhkan kekhalifahan Islam terakhir di Turki.

Rasulullah saw bersabda: Dajjal akan memasuki semua pelusuk muka bumi kecuali Makkah dan Madinah. Dua orang malaikat akan menjaga semua pintu masuk ke Madinah dan menghalang Dajjal dari memasukinya. (Dari Abu Bakar (RA) and Fatima (ra) bint Qaesa - Bukhari - Muslim).

Rasulullah saw bersabda: Isa (a.s.) akan hapuskan Dajjal. (Dari Abdullah bin Omar (ra) - Muslim. Nawa (ra) bin Saaman - Muslim dan Tirmizi].