Hj Zakaria b Hj Ahmad seorang totok PAS, penceramah bebas, dalam khutbahnya di Masjid Kubang Buaya ,Butterworth 20hb Ogos lalu mendoakan LGE lagi, (Baca di Pisau.net).
Kalau benarlah unsur Khawarij telah meresapi PAS, berikut adalah setengah daripada ciri-ciri i'tikad, keimanan dan doktrine kaum sesat Khawarij serta 15 firaq / cabang darinya.
Dikenali 'Khawarij' kerana memberuntak terhadap 'Ali ibn Abi Talib rahmatullah 'alaih, menolak dua orang arbitor, iaitu Abu Musa al-'Ash'ari dan 'Amr ibn al-'As (r.a.h), lalu memalu gendang perangnya, "Tiada hukm kecuali dengan Allah. Kedua-kedua pengantara itu tiada kuasa membuat keputusan." Mereka pembelot dan pengkhianat kerana telah mengkhianati jemaah Islam dan agamanya. Mereka kira sesiapa yang menentang mereka adalah kafir, halal darah mereka ditumpahkan dan harta mereka dirampas. Mereka mencemuh dan menyumpah Sahabat Rasulullah saw dan para Ansar. Dengan angkuh mereka tuduh para sahabat ini kafir dan ahli dosa dan haklah bagi mereka menentang.
Mereka tidak percaya adanya azab qubur, telaga Hawd (kauthar) atau shafa'at. Mereka percaya bahawa sekiranya seseorang itu berdosa, besar atau kecil, apabila mati sebelum bertaubat, akan kekal dalam neraka selama-lamanya. Sembahyang berjemaah adalah tidak sah kecuali diimami oleh orang mereka. Bagi mereka sembahyang fardhu adalah sah walaupun ditangguhkan sehingga keluar dari waktunya; boleh memulakan puasa Ramdhan atau Aidil Fitri sebelum munculnya anak bulan; pernikahan adalah sah tanpa wali, pernikahan mut'a (nikah sementara) itu halal dan satu dirham boleh ditukar dengan dua dirham (tidak riba).
Mereka membatalkan sembahyang berselipar dan wudhu tidak sah sekedar menyapu muza. Bagi mereka Sultan tidak perlu dita'ati dan Quraish tiada hak atas kekhalifahan. Penulis-penulis kitab mereka adalah seperti 'Abd ibn Zaid, Muhammad ibn Harb, Yahya ibn Kamil dan Sa'id ibn Harun.
Imam, ketua dsb itu tidak perlu kerana sudah ada Kitabullah (Khawarij cabang Najadat).
Kediaman kekhalifahan adalah kediaman kafir dan Abu Musa dan 'Amr ibn 'Aas yang dilantik oleh 'Ali kw sebagai arbitor adalah tidak percaya kepada Allah. Anak orang yang melakukan syirik harus dibunuh. Penzina tidak boleh dihukum rejam. Menghina lelaki kenamaan tidak boleh dicambuk tetapi menghina perempuan kenamaan boleh. (Khawarij cabang Azariqa).
(Khawarij cabang Ajarida) membolehkan mengahwini anak perempuan anak lelakinyanya atau anak perempuannya, atau anak perempuan saudara lelakinya / perempuannya. Surah Yusuf bagi mereka bukan sebahagian daripada Qur-an.
(Khawarij cabang Jazimiyya) menganggap Allah itu bersifat permusuhan. Af'al / perbuatan itu bukan ciptaan Allah.
(Khawarij cabang Majhuliyya) mengira orang tahu sebahagian Nama-Nama Allah itu sudah dikira 'alim.
(Khawarij dari cabang Saltiyya) beri'tikad seseorang yang mempunyai anak kecil/bayi ketika masuk Islamnya, anak itu tidab dikira Muslim sehingga dia baligh dan redho masuk Islam sendiri.
(Khawarij Hafsiyya): beri'tikad selagi seseorang itu sudah mengakui Allah, walaupun dia tidak percaya kepada rukun-rukun Islam/Iman yang lain seperti Nabi/Rasulnya dsb dia tidak boleh dikira kafir atau syirik. Bagi mereka syirik ialah hanya bila tidak kenal Allah. Mereka inilah yang memerangi Amirul Mu'minin 'Ali kw di peperangan Nahrawan.
(Khawarij cabangBahnasiyya) berpegang seseorang itu belum dikira Muslim selagi ia belum kenal semua yang Allah suruh dan tegah, halalkan dan haramkan dengan secara terperincinya di dalam dirinya.
(Khawarij cabang Bida'iyya) kata sembahyang magzrib adalah dua rakaat seperti subuh.
Semua firaq/cabang Khawarij menyalah Amirul Mukminin 'Ali (dan sekelian yang bersetuju dengannya) sebagai kafir kerana keputusannya membolehkan tahkim (perlantikan arbitrator).
Hj Zakaria b Hj Ahmad dan bosnya berpegang kepda pegangan Khawarij ini?