Kekuatan keruhanian Rasulullah saw begitu rupa, barang siapa yang baginda Islamkan, dengan mendengar dan mengulang Kalimah Toyyibah yang baginda sebutkan, dia terus mencapai Ihsan. Mujahadah peribadinya terus terkhusus untuk mengkayakan Maqam Ihsannya disisi Allah swt. Manakala pergaulannya dengan jemaah Rasulullah saw memahirkannya dengan agama barunya; Islam, dan mendarah-dagingkan zahir batinnya keperingkat Iman yang sungguh tinggi.
Selepas Rasulullah saw, kekuatan keruhanian yang sama ada pada Khulafa ur Rasyideen dan para Sahabat Radhiallhu Ajmaiin, cuma terendah sedikit kegemilangannya. Ia berkurangan lagi apabila sampai ke zaman Tabi'in, pengikut Tabi'in dan seterusnya, hinggalah ke akhir zaman ini dimana hampir tiada lagi kekuatan keruhanian yang tinggal walaupun secukup untuk mendaawah diri sendiri.
Untuk memperkasakan kekuatan ini, para syeikh sufi menganjurkan mujahadah dan riadhah, sebagai satu cara untuk mencapai tujuan. Tetapi dengan berlalunya masa dan zaman, ini (mujahadah dan riadhah) pun telah menjadi tujuan. Sangat sedikit yang mencapai ihsan.
Akhirnya ihsan dilupakan. Orang mengejar sesuatu yang bukan tujuan pun; iaitu istighraq (mabuk dalaman). Sekurang-kurangnya jika tidak Ihsan, jadikanlah Iman sebagai matlamat.
Sama halnya dengan para "ulamak" yang mengejar ilmu sebagai tujuan dan matlamat. "Terlupa" mengejar yang sepatutnya dikejar: Yang Empunya Ilmu.