SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Tuesday, August 31, 2010

Merdeka Dengan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Bismillahir Rahmanir Rahim. (Sambungan)

Sebaik Lowh Mahfuz dan Qalam tercipta, yang mula-mula Allah perintah Qalam catit di Lowh ialah بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم. Lalu Allah menetapkan bahawa Ayat ini sebagai jaminan perlindungan dan keamanan bagi makhluqNya selagi ia menjadikannya kebiasaan mengulang-ulangi membacanya. Maka Ayat ini menjadi amalan penghuni Tujuh Langit, penghuni 'Arash, penghuni Naungan Tinggi (Suradiqat al Majd) para Malaikat Terhampir (Karubiyyun) dan para makhluq suci (musabbihun).

Kemudian Allah swt wahyukan bergilir بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم. kepada Nabi Adam, Nabi Ibrahimn, Nabi Musa, Nabi Sulaiman ibn Daud, Nabi Isa dan akhirnya kepada Nabi Muhammad saw.

Dengan perantaraan keagungan Ayat بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم. Nabi Musa (as) dapat mengalahkan Fir'aun dan ahli sihirnya, Haman dan bala tenteranya, dan Qarun dan pengikutnya. (Nota: Hari ini pun terdapat dimuka bumi ini ramai Firaun, Haman dan Qarun yang bermaharaja lela.)

Pada hari yang sama Allah swt wahyukan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم kepada Nabi Sulaiman, Allah swt memerintahkan Sulaiman as mengumpulkan Bani Israel. Apabila semua ahli ibadah kaum Bani Israel hadhir berhimpun di hadapan mihrab Nabi Sulaiman as, Nabi Sulaiman as pun menaiki mimbar Ibrahim Khalilullah, berkhutbah: Dengan Nama Allah Pemurah Penyayang بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم. ..... semua yang mendengar بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم. ini mengaku "Kami naik saksi, engkaulah pesuruh Allah sebenar-benarnya ...."
Dengan perantaraan keagungan Asma' Allah بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم. Allah swt memberikan kemenangan kepada Sulaiman as keatas seluruh raja-raja sezamannya. (Nota: kemenangan ke atas kerajaan Ratu Balqis umpamanya ... akan diceritakan insyaallah.) Dan dengan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم. lah Allah bukakan kota Makkah untuk Nabi Muhammad saw.
Sudah pasti juga dengan Asma' Allah بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم. Isa as akan turun untuk membunuh Dajjal dan juga Allah swt berjanji dengan Asma' بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم akan bukakan Hijaz dan Bumi Palestin untuk Mahdi ra.

Apabila sampai giliran Ayat بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم. ini diturunkan kepada Isa ibn Maryam, Allah swt berfirman, "Ya anak kepada 'Adhra' (dara), tahukah Ayat apa yang baru Aku wahyukan ini? Iaitu (ayatul aman) ayat yang menjamin perlindungan. Baca-ulang ia selalu ketika berdiri, duduk, atau baring; dalam bepergian atau kembali; ketika mendaki gunumg atau menuruni lurah."

Seterusnya Allah swt berfirman: "Pada Hari Qiyamat sesiapa yang ada tercatat didalam bukunya lapan puluh بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم., padahal dia sebenar Mu'min yang beriman kepada Ku dan KetuhananKu (Rububittati) akan Ku bebaskan dia dari Api Neraka dan mesukkan dia ke Syurga. Bacalah ia bila mula membaca Al Kitab dan permulaan solat. Jika mati ketika demikian itu, Munkar dan Nakir tidal akan menyoalnya di dalam kubur. Sakaratul maut dan himpitan kubur akan diangkatkan dan Rahmat Ku untuknya. Kuburnya Aku luaskan serta Aku teranginya dengan cahaya seluas pandangan matanya.
"Bila Aku bangkitkan dia dari kubur pada Hari Berbangkit, dia akan bangkit dengan tubuh yang bersih dan muka yang bercahaya-cahaya. Hisab keatasnya akan Ku ringankan. Timbangan amal baiknya akan memihak kepadanya. Akan Ku kurniai dia dengan cahaya secukupnya di Sirata sehingga lepas ka seberang dan masuk Syurga. Ketika di Padang Mahsyar, Aku akan perintah dia diisytiharkan sebagai dari golongan yang Ku kurnia nikmat dan keampunan."

Nabi Isa as bertanya: "Wahai Tuhan ku, yang demikian itu khas untukku juga?"
"Khasnya untuk mu dan pengikutmu, yang mencontohi mu dan berkata-kata sebagaimana engkau berkata-kata. Ia juga untuk Ahmad dan ummatnya selepas kamu.
Isa as pun sampaikan firman ini kepada pengikutnya: "..... dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama: Ahmad. ........" (Qur-an - As-Saff 61:1)

Akhirnya Rahmatul lil 'Alamin, Sayyidul Mursaliin, Habibullah Muhammad Mustoffa Rasulillah saw pun diitus; dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم. pun diturunkan kepada baginda di Makkah berserta Surat Al Fatihah. Atas perintah Rasulullah saw بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم. pun disuratkan pada kepala setiap Surat dalam Al Qur-an, pada setiap risalah utusan dan daftar-dafter.

Turunnya بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم. kepada Nabi Junjungan saw merupakan satu rahmat, pembukaan dan kemenangan besar. Allah Rabb al 'Izza bersumpah atas Kekuasaan dan Kemuliaannya, tiada mu'min sebenar (mu'min muqin) yang memulakan urusannya dengan menyeru بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم. melainkan Dia swt menurunkan rahmatNya demi kejayaan urusan tersebut; dan tiada mu'min membaca بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم. tanpa disambut oleh Syurga dengan, "Khidmatku untuk Mu sentiasa, bantuanku untuk jalan Mu sentiasa wahai Tuhan ku (labbaika wa sa'daik ...). Wahai Tuhan ku benarkan hamba Mu yang ini memasuki ku dengan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم."

Bila Al Jannat merayu bagi pihak seseorang hamba Allah, ia tentunya sudah layak akan nikmat syurga, kerana Rasulullah saw bersabda: Tiada do'a akan ditolak apabila ia dimulai dengan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم.
Baginda juga bersabda: Apabila mereka datang ke Hari Berbangkit, ummat ku akan mengulangi-ulangi kata "بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم", dan apabila amalnya diletakkan di Mizan, amal baiknya akan mengatasi amal buruknya.
Ummat-ummat lain akan bertanya, "Apa yang menyebabkan al Mizan ini cenderung kepada ummat Muhammad saw?"
Nabi-Nabi mereka akan menjawab, "Setiap kali mereka berurusan, ummat Muhammad saw ini memulakannya dengan menyeru tiga dari Nama-Nama Allah swt. kerana mereka tahu akan 'azmahnya Nama-Nama Allah swt. Jika Nama ini diletakkan pada satu daun Mizan, walaupun segala amal jahat sekelian makhluq diletakkan pada daun Mizan yang satu lagi, amal baik mereka pasti akan lebih berat.

Juga Baginda saw meyakinkan ummatnya: Allah swt telah jadikan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم. ini penyembuh setiap penyakit, penyebab penyembuhan, keringanan dari setiap bentuk kekurangan, perisai dari Api Neraka, janji keselamatan dari keterdedahan (khasf), salah faham / sangka (maskh), tuduhan dusta (qadhf), selagi mereka (hamba yg beriman) terus menjadikannya kebiasaan mengulang-ulangi membacanya.