SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Wednesday, March 25, 2009

Abu Jahal - buktikan Aku salah

Rasulullah s.a.w. hanya menyampaikan apa sahaja yang Allah s.w.t. wahyukan.

Abu Jahal dustakan apa sahaja yang Rasulullah s.a.w. sampaikan kepada ummatnya.

Ringkasnya Rasulullah s.a.w. percaya apa sahaja Allah s.w.t. wahyukan.
Abu Jahal tidak mahu percaya langsong. Abu Jahal berpendirian bahawa Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. adalah pembohong yang berbohong.

Sepuluh tahun sebelum Abu Jahal mati, Allah s.w.t. turunkan:
Surah Al-Masadd atau Al-Lahab
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah dia bersama;
(2) Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.
(3) Dia akan menderita bakaran api Neraka yang marak menjulang.
(4) Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api.
(5) Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.

Di kalangan jahiliah, telek menelek adalah amalan asam garam mereka.

Surah ini memberi tahu, memforetell atau meramalkan bahawa Abu Jahal akan masuk neraka - bahawa dia tidak akan masuk Islam pun.

Abu Jahal ada masa sepuluh tahun (lebih dari cukup) untuk membuktikan bahawa Allah s.w.t. tidak betul dan Rasulullah s.a.w. pembohong.

Dengan masuk Islam sahaja, mudah musuh Islam boleh berkata, “Tengok, Abu Jahal dah masuk Islam, akan masuk syorga. Nyatalah agama baru ini salah …..” dllsbgnya.

Tetapi tidak. Abu Jahal tidak berdaya hendak mengambil peluang keemasannya itu.

Kenapa agaknya ya?

Mengapa Rasulullah s.a.w. begitu yakin menyebarkan surah ini padahal dengan mudah dia s.a.w. boleh dimalukan oleh musuh-musuhnya.




-----------------------
Ratusan ayat Qur-an seperti ini yang mencabar, … percaya atau tidak, buktikan Aku salah … ... cabaran yang tidak sanggup disambut oleh makhluqNya.
Soddakta ya Allah.
-----------------------

No comments: