SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Tuesday, March 24, 2009

Murtad Bangsa

Ketuanan Melayu. Ini satu daripada elemen-elemen perjuangan Malay survival. Setiap Melayu adalah pejuangnya. Tiada siapa berhak menafikan ini dari Melayu memperjuangkan kelangsungan kedaulatan kemelayuannya di atas tanah tumpah darah sendiri.

Murtad Melayu. Murtad dari Islam ... tinggallah bangsa yang ada padanya. Tetapi jika murtad dari Melayu? Melayu bukan, apa pun bukan? Bangsa apa itu? Itek tak sudu ayam tak patuk. PKR kutip.

Malaysian murtad. Hindraf dan segala chauvanis anasir anti-Melayu anti-Islam pun bangsa Malaysia yang sudah murtad. Masuk Omputih. Di rumah ... sesame sendiri cakap Omputih ... kulit tak Omputih ... di luar rumah caci hamun sultan. Murtad Malaysian.

Si anti-Melayu dengan sengaja mentafsirkan ketuanan Melayu sebagai hubungan tuan dengan hamba. Melayu tuan mereka hamba ... akibatnya timbul kebencian terhadap Melayu. Lalu mereka menangguk di air keruh.

Dari asal lagi, sebelum pendatang anti-Melayu ini datang pun, Raja-Raja dan bangsa Melayu adalah tuan rantau ini. Begitulah, setiap kewujudan ada tuannya. Sedangkan busut ada tuannya, ada penunggunya. Inikan pula darah Melayu dalam kenegaraan Melayu.

Ini rantau Melayu. Ketuanannya pastilah berlandaskan Melayu dan Kemelayuannya. Begitulah di rantau India, berdirilah di sana ketuanan Indian; di Jepun berdiri ketuanan Jepun; di China berdiri ketuanan Cina. Di mana pun begitu. Hanya di sini chauvanis, anti-Melayu anti-Islam keturunan pendatang bermati-matian hendak memadam Ketuanan Melayu ... dengan dipendekari oleh Melayu murtad.

Pada satu ketika ramailah pendatang dibenarkan kongsi kuasa melalui kepunyaan – mereka dibenarkan mempunyai tanah, rumah dsbnya. Merekalah tuan punya kepada herta mereka.

Tanah Melayu adalah tercorak atas ciri kemelayuan –- budayanya, bahasanya, resamnya, resminya, rasmiya, kedaulatannya, Raja-Rajanya, agamanya, keidentitiannya dll sebagainya. Ketuanan Melayu berdiri di atas nilai-nilai tersebut.

Kemudian, pada satu ketika, kaum pendatang dan keturunan mereka, terutama yang chauvanis anti-Melayu anti-Islam, apabila mereka menyangka merekalah pencarum terbesar kepada kekayaan negara, mereka merasa pula merekalah tuan kepada negara. Mereka mula tuntut hak sama konon, dengan mula mendakwa bahawa Melayu juga kaum pendatang dan sebagainya. Dan memburukkan Melayu sebagai “tuan” yang menumpang kepada “kekayaan” mereka melalui tafsiran bahawa Ketuanan Melayu adalah hubungan “tuan – hamba”.

Ketuanan Melayu bukan berdiri di atas “kebesaran harta atau kepunyaan keatas harta kekayaan” sahaja. Bangsa Palestine menolak ketuanan Yahudi walaupun Israel jauh lebih kaya dan gagah dari mereka. Ketuanan Melayu berdiri terutamanya di atas “kemelayuan dengan norma-norma budaya, bahasa, resam, resmi, rasmi, kedaulatan, Raja-Raja Melayu, agama, keidentitian dll sebagainya” yang di atas.

Maka mana-mana bukan-Melayu boleh berdiri dalam ruang lingkup ketuanan Melayu hanya apabila dia sudah terserap kedalam norma-norma tersebut dan mengamalkannya sebagai norma Bangsa Malaysia. Sekali-kali tidak selagi mereka masih mengamalkan norma kebudayaan, bahasa, resam dllsbgnya negara asal usul mereka.

Tidak ada Melayu yang akan menerima (kecuali Melayu murtad) dakwaan dan desakan bukan-Melayu untuk mengongsi kesamarataan ketuanan semata-mata atas dasar kepunyaan harta dan penguasaan kekayaan sahaja. Nilai “ketuanan” tidak pernah terletak kepada asset yang tangible yang mengurang mengikut kekerapan penggunaan. Ketuanan Melayu berdiri di atas nilai kemelayuan yang semakin menokok tambah dengan kekerapan penggunaan.

Wadahnya sudah disediakan. Bangsa Malaysia. Melayu sanggup menjadi Malaysia. Mengapa tidak si bukan Melayu?

Tetapi malang. Segala murtad yang chauvanis, anti-Melayu anti-Islam, sudah mula memberi tafsiran yang tersendiri terhadap “Bangsa Malaysia,” - tafsiran yang mengikut acuan dan pewarnaan citarasa unilateral ‘vested interest’ mereka.

Jika demikian, kita berminat pula kembali kepada setengah abad dahulu – lalu mencorak semula segala-galanya mengikut acuan asal – Bangsa Melayu.

2 comments:

Anonymous said...

Begitu juga dalam bahasa. Budayakan bahasa Melayu. Dan bukannya bahasa Inggeris atau bahasa asing lain.

Kuasailah bahasa asing tetapi bukan bererti membudayakan bahasa asing itu.

Kalau budayakan bahasa asing misalnya dalam berbahasa seharian, surat-menyurat, iklan, dokumen dan sebagainya itu bermakna kita telah dikuasai bahasa itu.

Anonymous said...

Benar sekali pegangan saudara semutar merah. Benar sekali.

Jiwa bangsa (Kemelayuan) yang hidup subur dalam sanubari umpama ikan yang hidup ribuan tahun dalam laut, kerananya jasad tak pernah jadi masin.

Ia hanya berjaya dikuasai oleh garam di laut lantaran apabila ia mati, tak berjiwa, umpama makhluk penghuni bumi yang dalam hayatnya lagi sudah dikuasai oleh budaya asing ... semata-mata ia dakwa budaya asing itu lebih contemporari, walhal jiwanya mengaku kalah kepada nilai yang baru dijumpainya itu.

Ini ikan kering masin namanya ... jasadnya kalah kepada garam.