SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Thursday, March 19, 2009

Maju Hadapan Ka Mana Bang Nuar?

Maju ka hadapan? Ka hadapan mana? Tiada mara ka hadapan melainkan dengan dan melalui UMNO/BN. Tiada maju ka hadapan untuk Batang Ai, Bukit Gantang atau Bukit Selambau kecuali bersama UMNO/BN. PR tidak pernah menyumbang apa-apa kebaikan kepada rakyat kecuali kekecohan, kelam kabut dan huru hara.

Dosa paling besar dilakukan oleh Melayu PKR ialah menternak babi beser-besaran. Dosa paling besar dilakukan Melayu PAS ialah mengagihkan tanah gran 1000 tahun kepada hanya Cina … Melayu diberi sekangkang kera untuk tapak surau. Dosa paling besar dilakukan sesetengah Cina dan Indian Hindraf ialah belot kepada BN ketika diperlukan.

Anuar ialah kepala pejuang Melayu yang hasil perjuangannya tumpah ka luar Melayu, yang hasil juangnya merugikan Melayu, yang hasil juangnya menikam Melayu dari belakang, yang hasil juangnya memperkasa semangat anti-Melayu anti-Islam anti-raja. Kejayaan Anuar dan rakan penderhakanya ialah memecah belahkan Melayu. Orang bukan Melayu DAP PKR yang mengaut keuntungan dari perjuangan Anuar harus diragui ketaatan mereka kepada Malaysia. Malaysia tidak pernah dianggap pertiwi tanah tumpah ketaatan perjuangan mereka.

Keputusan rebutan kuasa dalam PAS memberi kesan kepada maju atau mundurnya arus penyatuan Melayu ... penyatuan Melayu bererti kepupusan PR. Begitu juga melemah atau menguatnya UMNO, mempengarohi penyatuan semula Melayu.

Sementara itu perhimpunan Melayu seperti dikhabarkan oleh Another Brick In The Wall – semacam perhimpunan menentang Malayan Union - dengan dihadiri Tun M – akan menyalakan banyak lagi obor kemelayuan menghangatkan semangat kesatuan dan perjuangan Melayu.

Sementara itu juga, Melayu-Melayu dedalu beracun bukan-pontianak tetapi penghisap darah sudah mula (dulu mereka ini ada pelindung) diheret ka muka pengadilan.

Sementara itu juga Melayu-Melayu murtad yang mendirikan tok-pek-kong di bawah pokok demokrasi di Ipoh sudah kudong lumpuh kerana jangkitan sial celaka disebar oleh penderhaka penyangak DAP PKR panglima anti-Melayu anti-Islam yang didalangi kuasa asing.

Proses pembersihan UMNO sedang berjalan. Melayu kenalah bersih. Jangan bagi peluang kepada si pengotor saperti DAP PKR itu membasuh Melayu. Jangan percaya mereka, kerana tabiat mereka ialah membasuh daki dengan air kencing.

4 comments:

sang kancil said...

dosa yang paling besar pernah saya lihat berlaku kepada akal yang sihat dan cerdik adalah perasaan taksub yang berlebihan. perasaan ini kan membuta kan pandangan, menutup setiap ruang akal budi yang jernih menjadikan hati nubabari kelabu seakan kepulan asap hitam dalam kalbu. wahai saudaraku yang budiman mengapa tidak sesekali melihat dari mata hati yang jernih dan cermin kalbu yang membalikan kilauan kebenaran. semoga saudara di rahmati Allah.

Tam Dalyell said...

Aduhai saudara ku sang kancil.

1) Dosa yang saudara maksud adakah dosa kepada Tuhan atau kepada bangsa?

2) Taksub yang tuan maksudkan adakah taksub (a) kepada agama atau (b) kepada ism-ism atau (c) kepada bangsa?

3) Kalbu yang tuan maksud itu (1) adakah pintu yang menghadap ka dalam, kalau ka dalam ka mana dan (2) adakah pintu yang menghadap ka luar, kalau keluar keluar melalui pancaendera (faculty) yang mana?

Anonymous said...

sang kecil ingin mejadi ustaz yg tak bertauliah

Tam Dalyell said...

Walaubagaimanapun, Sdr Anon, Sdr Sang Kancil telah memberi pendapatnya dan saya berterima kasih kerananya. Saya terima teguran yang berasaskan kepada kebenaran yang tidak bernisbah.

Munkin dalam teguran Sdr Sang Kancil ada tersembunyi teguran sebegini, sekiranya coretannya itu lebeh jelas lagi. Maka itulah saya bertanya beberapa soalan kepada beliau. Bukan saya bermaksud hendak membidas atau seumpamanya. Jika pertanyaan saya itu kasar bunyinya, saya mohom ma'af.