SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Saturday, March 7, 2009

Meludah Ka Langit

Sa orang "strategist DAP" berkata bahawa Cina dan India DAP terutamanya yg duduk di Malaysia sepatutnya berterima kasih kepada orang-orang Melayu kerana pendatang diterima sebagai warganegara.

Dan juga, tambahnya , adalah diharapkan bila Najib naik menjadi PM April nanti, Gerakan akan tahu tempat sebenarnya.

“Terkadang saya tidak tahu apa bezanya antara Gerakan dan DAP kecuali kita berdua memakai sarung tangan yang sama,” katanya selanjutnya.

------------------
Demikianlah sendiwara musang tua DAP ini. Dia bermain psikologi terbalik dalam usahanya menjadikan pengikutnya bertambah ultra pada masa yang sama supaya Gerakan dibenci oleh BN kerana kononnya Gerakan memainkan peranan aktif dalam menyerahkan Pulau Pinang kepada DAP PR12 lalu.

Melayu seluruh tanah air terutama PAS, mesti pandai memainkan peranan seperti yang sudah digariskan bagi menjadikan DAP dan sekelian pengkhianat bangsa ini cacing kepanasan dalam tempoh beberapa masa ka hadapan ini.

Kita merasa, adalah mustahak hari ini DAP/PR Pulau Pinang dikritik sebagaimana kita mengkritik Gerakan/BN dahulu. Kita kritik PR/DAP Pulau Pinang sekarang semata-mata kerana prestasi buruknya.

Rakyat Malaysia telah celik sekarang .. telah sedar bahawa mereka telah digula-gulakan oleh PR. MACC serta PDRM wajib menegakkan keadilan dengan membasmi korapsi, rasuah, salah guna kuasa, tidak bermoral dan penipuan pemuka-pemuka PR yang semakin berleluasa semenjak naik memerintah di lima negeri baru-baru ini.

Kita lihat keadaan ribut, kelam kabut, panik dan anarki-kebebasan-bersuara yang berleluasa di Perak adalah kerana kesilapan dan keputusan berat sebelah yang diambil oleh PR dalam mengurus kerajaan Perak semasa di dalam penguasaan mereka. Semua ini telah mendedahkan tembelang DAP dan PKR yang chauvanis dan ultra kecinaan serta hipokrasi keagamaan PAS. Melayu umumnya, samada di luar atau di dalam PAS, menjadi begitu marah kerana PAS kontan 100% dijadikan penjilat sisa-sisa dari dulang sajian DAP/PKR.

Di sebaliknya pula, keadaan ini adalah satu keberuntungan dari segi psaikologi kemelayuan serantau. Ketidak puasan hati yang terpendam dalam dada kemelayuan serantau kepada ketidak adilan DAP/PKR akan membawa kesan positif kepada perjuangan kemelayuan pada PR13 kelak.

Sesudah berlonggok-longgok cacian dihamburkan kepada DYMM Sultan, dan sesudah kes-kes mahkamah memakan diri sendiri, PR dengan muka teramat tebalnya, cuba merangkak-rangkak balik ka tangga istana mengharapkan dapat menjilat ludahnya kembali. Cina dan Indian DAP dan PKR tidak akan pernah sedar, bahawa ludah yang dilepaskannya ka langit, tidak pernah jatuh ka tangga istana, melainkan jatuh ka muka sendiri. Malangnya yang dipaksa merangkak-rangkak kembali ialah penderhaka Melayu Islam dalam PAS.

Kita perhatikan sahaja, samada PR terjumpa kembali ludahnya di tangga istana.

Daulat Tuanku.

2 comments:

Anonymous said...

Demikianlah sendiwara musang tua DAP ini. Dia bermain psikologi terbalik dalam usahanya menjadikan pengikutnya bertambah ultra pada masa yang sama supaya Gerakan dibenci oleh BN kerana kononnya Gerakan memainkan peranan aktif dalam menyerahkan Pulau Pinang kepada DAP PR12 lalu.

MEMANG BENAR APA YANG BERLAKU DI-PP PADA PRU12.

INI ADALAH AGENDA MASA PANJANG SINGAPURA MELALUI DAP DAN GERAKAN.
( APEK TETAP APEK )

WAHAI ORANG MELAYU MASIH TAK SEDAR KE MASIH TAK MAU INSAF KE MASIH MAU TERUS BERBALAH DAN MASIH MAU TERUS BIARKAN SI-ANWAR TERUS MENGHASUT DAN MEMPERKIANATI NEGARA TERCINTA INI DEMI KEPENTINGAN PERIBADI DIA.

CUKUP LAH JANGAN BIARKAN DIRI KITA DI-PERBODOHKAN OLEH SI-ANWAR DAN KUNCU-KUNCU-NYA YANG BERMAHARAJARELA DI-BUMI MELAYU. KITA MESTI BERTINDAK BERSAMA MEMASTIKAN MALAYSIA TERUS AMAN DAN DAMAI.

HIDUP MALAYSIA HIDUP MELAYU TAPI JANGAN JADI LAYU JADI-LAH SEPERTI BUNGA YANG SENTIASA KEMBANG MEKAR YANG MENJADI HIASAN TAMAN DAN IDAMAN.

IKHLAS DARI SAYA,
ILHAM

Tam Dalyell said...

Sdr ILHAM;

Semuga ilham yang sedia bersemadi di dalam sanubari sdr juga memenuhi sanubari setiap insan Melayu di negara keramat ini.