(Babak Menghapus Polotik Wang)
Petua ditinggal jangan
UMNO berbendang
Padi huma padi bukit
Musim tuai padi ditampi
Asingkan hampa dari isi
Hampa masih tidak terasing
(Babak JK Disciplin)
Pak Tani dirikan irik
Menapis isi dari hampa
Irik usang maka bocor
Hampa bercampor isi - ka dapor
(Interlude)
Peluang terakhir bagi Pak Tani
Menanak tanpa antah hampa
Mak Tani sisih hampa buang pergi
Menghimpun hanya isi ditanak
Supaya nasi tak dicemari antah
Orang kata UMNO dah ajal
Bila dedalu dibiar dipilih
Di depankan tak boleh diikut
Di belakangkan menungkat tumit.
Tunggu.
Tinggal satu – last kopek
Pantang mati kepalang ajal.
(Babak Pembentukan Jentera Pentadbiran)
Terserah Mak Tani celik perhati?
Kepentingan jemaah dari peribadi?
Celik mata celik hati?
Mengatur susun hidangan bangsa?
Setiap pinggan tanpa antah?
Resepi terakhir sajian Tok Najib?
2 comments:
SALAM,
POSTING YANG BAGUS, TERUSKAN! SILA JUGA LAWAT BLOG SAYA - beranikan hati > http://braveheart-blogger.blogspot.com
Sdr Beranikan Hati;
Saya bergurindam kerana hendak sembunyikan rasa pedih di hati. Orang itu didapati bersalah. JKDisp lepaskan. JKD juga dapati sa orang lain bersalah - tapi jatuhkan hukum.
Sesudah itu si pesalah ini diangkat pula menjadi ketua.
Aku Melayu kampungan. Dulu aku dijarah oleh Cina kominis bintang tiga. Omputih tak lindungi aku pun.
Kata Melayu dah merdeka. Dah kuat. Kalau aku-aku orang Melayu kampungan ini dijarah oleh keturunan anti-Melayu anti-Islam yang bermaharajalela sekarang ini, kepada siapa aku nak minta pembelaan sedangkan ketua muda ku seorang penyangak juga?
Patutlah PAS bernaung dibawah DAP (yang sebenarnya musuh dalam selimut)(tempat paling selamat bersembunyi - dari umno - adalah dalam kubu musuh) - pandai PAS.
Nampak mendung sangat langit Melayu ketika ini.
Melayu bersumpah - demi Melayu - tiada tempat selamat bagi musuh-musuh Bangsa.
Post a Comment