SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Sunday, March 8, 2009

Ranjau Di Tepi Jalan

PPMI adalah umpan supaya tumpuan Melayu terpesong dari perjuangan survivability bangsa. Awas orang-orang Melayu.

Dalam perkiraan “ahli strategi perjuangan” golongan anti-Melayu anti –Islam chongak mereka adalah seperti berikut sekarang:-

1)PAS (bermaksud PR) semakin kuat dengan membolot simpati Melayu luar Bandar.
2) PKR membolot ketaatan Melayu urban.
3) Apa yang tinggal untuk UMNO? Kehancuran.
4) Tiba-tiba isu “Allah” dibangkitkan oleh UMNO. Ini adalah pergerakan ‘checkmate’ yang UMNO gerakkan.
5) Tidak ada pilihan. PR (maksud golongan anti-Melayu anti-Islam) mesti pesongkan tumpuan Melayu ka arah lain.
6) Bermula dari isu ‘celaka’ dan PPMI, orang Melayu akan dijadikan terlatah-latah dengan perkara-perkara lebih remeh dari isu Bangsa dan Agama. Jangan biarkan Melayu memainkan isu ‘Allah’ di pentas utama.
--------------------

DYMM Sultan Selangor sudah membuat seruan. Bersatu dalam hal bangsa dan agama.

Terkadang sesetengah NGO Melayu akan kedengaran memperjuangkan hal kemelayuan dan bangsa.

Tetapi kita perlu menelitinya itu perjuangan sempit atau luas. Kita perlu waspada ianya tidak diperkudakan oleh musuh. Kita jangan terlatah seperti isu memo ka Istana Jumaat lepas. Usaha itu nyata sudah bukan isu pelajaran atau bahasa lagi. Ia sudah jadi demonstrasi jalanan seperti di Perak (yang berlaku selepas sembahyang Jumaat juga). Melayu sudak diperkena lagi di sini.

PAS sudah diperkudakan. Dalam isu 'Allah' kedengan suara-suara PAS melagukan gurindam anti-Islam anti-Melayu. PPMI sudah diperkudakan. UMNO hampir diperkudakan melalui dan oleh si tamak pelahap dan si gila kuasa.

Munkinkah ini sumua kerana … Melayu mudah percaya .. Melayu mudah kena .. Melayu mudah lupa.. Melayu gullible.

Sepatutnya Melayu bukan sahaja menguasai Bahasa Melayu, malahan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Tidak cukup sekedar menguasai matematik dan sains dalam bahasa Inggeris sahaja.

7 comments:

Kembara Politik said...

Salam Tuan Dal,

Rakyat sudah nampak modus operandi PR dalam mengalihkan isu yang lebih besar.

Di kala tumpuan rakyat memperkatakan isu Allah dan DERHAKA, PR membuka pintu keluar dgn membangkitkan isu PPSMI agar rakyat tidak lagi memberikan fokus pada isu Allah yang jauh lebih penting. Begitu juga dengan isu derhaka si Karpal Singh & co terhadap Sultan.

Secara tidak sedar, rakyat semua terus menerus dihidangkan dgn ketidaktentuan sedangkan ekonomi semakin mendesak.

Anonymous said...

Salam Pakcik Dal,

Pada saya bukan hanya ranjau ditepi jalan tapi disepanjang jalan bagi orang-orang Melayu di Malaysia. Banyak duri, batu bata dan kekotoran bersepahan di jalanan. Apa yang harus dibuat oleh orang-orang Melayu ialah bergotong royong membersihkan kekotoran, duri dan batu bata yang bersepahan itu. Tapi pokoknya orang Melayu mesti bersatu. Kalau dibiarkan juga situasi ini berleluasa, akan hancurlah bumi bertuah ini. Diharap akan muncul lah seseorang yang berwibawa yang boleh menyedarkan golongan-golongan yang sedang tidor dan tidak sedar yang mereka di perkudakan oleh pengkhianat-pengkhianat negara.

Tam Dalyell said...

Salam Tuan Kembara Politik;

Mudah-mudahan PM yang bakal timbul selepas Mac ini mempunyai kekukohan perjuangan untuk bangsa, negara dan agama yang tidak berganjak walaupun gunung berpindah dari kedudukan asalnya dek pengaruh senang dan susah.

Tam Dalyell said...

Wah Zaza, ini mesti kata-kata orang yang sudah menundukkan segala ranjau di sepanjang jalan, dan sekarang sedang menikmati hasil perjuangannya.

Mudah-mudahan ia menjadi azimat bagi anak-anak yang menyusuri jalan seperti ini.

Amin

Anonymous said...

Terima kaseh Pakcik Dal.

Btw macamana BM saya? Ade improvement tak?

Tam Dalyell said...

Zaza, pakcik ni cikgu yang cendekel, kedekut dan cerewet.

Oleh kerana karangan kali ini pendek sangat, cikgu bagi 10 per 100 markah.

Hehe.

Anonymous said...

Alangkah sedihnya nasib ku ini, hanya mendapat 10 per 100 markah aje........memang cikgu kedekut ....

Tak apa, tak apa, akan ku tebus maruah ku, aku akan menulis lagi dalam BM .....dilain kali ...

Salam Cikgu.